If and only you LOVE , do LIKE this


Wednesday, May 5, 2010

hati masih ada kau

Jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
dan 
dia pasti masih punya rindu untuk kamu
pasti masih ada kamu dalam mimpinya
dan masih juga ada bayang menyerupai kamu hadir disisinya