manusia punya hati
mereka punya bicara dalam hati
bicara berbeza untuk setiap kata hati
miliki hati kerana kuasa Ilahi
hiasi hati juga dengan zat Ilahi
jauhkan segala perasaan dengki dan iri hati
sematkan perasaan hormat menghormati
usah kerana duniawi
kau abaikan isi hati
hati aku juga bisa bicara
hati aku juga tidak suka di noda
andai kau kata kau tahu siapa dia
yang sebenarnya
siapa kau untuk tahu siapa dia
tak perlu kau ungkap kata yang bisa mencalar dia
simpan iri dan hasad dengki kau terhadap dia
kerana dia manusia biasa
mugkin hari nie kau berkata tentang dia
hari esok, mungkin bukan dia , tetapi mereka
mereka akan berkata tentang kau
kadangkala aku memang petah berkata-kata
aku punya kekuatan untuk setiap kata
tapi tiap bicara
aku mengikut rentak manusia yang membalas bicara
andai kau lembut berbicara
akan ku lembut membalas bicara
andai kau kasar berbahasa
akan ku kasari setiap balasan bahasa
kerana aku cuma manusia biasa
tidak suka hati di noda
**maafkan aku untuk setiap kesalahan kata
maafkan aku jika ada yang terasa
kerana aku
manusia biasa
punya hati yang tidak suka di noda
dan apabila di noda
diri tidak mahu meronta
maka
ini lah jadinya
p/s: entry ini tidak dituju kpd sesiape pon..hahaha..cume hati ingin berbicara
2 comments:
lebih baek diam dari berkata-kata yg mendukacitakan hati org lain
yes.thats true...
but im not that
ill keep my mouth shut if i truly know that he/she dont meant to hurt me..but if they do..i wont
Post a Comment