didalam majlis , anis yang sememangnya sedia maklum terntang kepentingan ilmu sekali lagi diingatkan tentang keadaan sebenar kepentingan ilmu , kerana ilmu itu milik Allah , jadi , Dia sayang akan sesiapa sahaja yang berilmu dan tuntut lah ilmu kerana Dia , bukan kerana harta kekayaan dunia yang dijanjikan untuk masa hadapan kerana rezeki dunia di masa hadapan itu juga adalah mengikut kehendak Allah .
pekara yang sungguh menarik minat dan membuat anis hingga sekarang tersentak ialah apabila ustazah memberitahu yang , ada firman Allah mengatakan bahawa , Dia sebenarnya berada dekat dengan diri kita lebih dekat dengan kedudukan urat merih , hampir mengalir air mata kerana teringatkan tentang kelemahan diri ini yang selama ini diperhatikan Dia , malu .
diri ini juga diingatkan agar menjadikan setiap langkah itu adalah ibadah , jangan disia-siakann 24 jam sehari yang Allah berikan . janganlah hidup sebagai BANGKAI bergerak yang tidak sesaat pun masa mereka dimanfaatkan untuk beribadah . ya , ilmu itu adalah ibadah , tetapi , untuk ilmu itu digelar sebagai ibadah , ia bergantung kepada niat individu untuk menutut ilmu , jika ia kerana Allah , maka ia ibadah , jika kerana kekayaan dunia masa hadapan , masihkah ia dianggap ibadah ??
Allah ciptakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan , dikurniakan dari Dia akal untuk berfikir , luangkanlah masa sejenak untuk akal itu berfikir tentang kesempurnaan keadaan kita dijadikan Dia , untuk sujud dan beribadah , bukan FOS (free of charge) , malah diberi ganjaran , nikmat dan kesempurnaan.
p/s 1 : anis menulis ini semula kerana hanya mahu mengingatkan untuk diri sendiri , maaf andai tersalah mana-mana , teguran sedia diterima , peace no war >.
p/s 2 : keadaan sekarang adalah sangat hectic , paper work research yang berjele-jele perlu disiapkan , jurnal kiri kanan perlu dihabiskan bacaan, test dan assignment macam hujan lebat , jadi , post-post update blog akan dilakukan secara berjadual , hihih ,( macam la ade orang menuggu nuggu sangat update blog dari anis kan~ perasan daaaa )
p/s 3 : i miss my sayang so much !!!! love mona ! love dastan !!
5 comments:
Anis, buka surah an-Nisa mulai ayat 1 hingga ayat 30 keatas, baca terjemahannya. Mungkin air mata kamu akan mengalir mengenang betapa Allah memulia dan menyayangi kaum wanita.. ya, wanita!
anis...
^_^"
assalam
ayt yg awk ckp tu, ayt 50:16 kan?
btulkan kalo sy salah eh..
btw, cume ade sesi T&T (tilawah & tadabbur)je ke? or just some tazkirah eh??
bgus tul enty2 kamu ni,bermkna sungguh..
*jgn stress sngt ngan stdy ye^^
=') tq sbb kongsi. =)
Post a Comment