If and only you LOVE , do LIKE this


Monday, December 19, 2011

end of hospital attachment HTAR

Just end our hospital attachment semester 7 at HTAR , serious best . Mungkin di mata orang lain , htar bukanlah tempat yang best untuk berpractical atau berkerja sebagai seorang ahli farmasi , htar bukanlah tempat yang terhidar dari bau busuk dan kotor , htar jugak bukanlah tempat yang baik untuk dapat lunch dan breakfast yang sedap.

My last hospital attachment for semester 6 was at hospital putrajaya and yes , tempat itu sangat cantik , tempat itu berbau wangi , tempat itu bermakanan sedap dan tempat itu boleh dikatakan antara tempat untuk orang2x atasan , tempat itu ala2x macam hotel tau!


"Bukan kemewahan yang aku pinta untuk buat pengajaran dalam diri, bukan kekayaan yang aku pinta untuk sempurnakan hati"

Berharap sangat untuk teruskan kerjaya di hospital tengku ampuan rahimah , memang busuk , memang makanan tak sedap , memang panas , tapi , htar adalah tempat dimana manusia2x tidak berkemampuan yang kurang sihat meletakkan diri mereka .

Bukan mereka pinta untuk tidak berkemampuan, bukan mereka pinta untuk jatuh sakit , bukan mereka pinta juga jntuk berada di hospital yang jauh sekali keadaanya seperti sebuah hotel seperti orang2x kaya kebanyakkan yang apabila jatuh sakit, mereka punya wang untuk menampung sakit badan di hospital umpama hotel kondisinya.

Apabila hati diletakkan di HTAR ,sejuta perasaan syukur terbit dari hati , sejuta perasaan sedih simpati melihat pesakit terlantar tidak dapat bergerak seinci , datang perasaan mahu membantu , walaupun sebenarnya buntu untuk bantu .

P/s: dimanapun rezeki kita , dimanapun Allah letak kita , yakinlah , ada hikmah disebaliknya





No comments: