saya ada kawan di tempat kerje , position mereka ditempat kerje sama , iaitu sales executive , seorang namanya A , seorang lagi namanya J .
A (bukan nama sebenar) , seorang lelaki berkulit hitam manis , berpakaian kemas , tidak begitu tampan bentuk rupa parasnya , juga tidak berketinggian seperti brad pitt .
J (bukan nama sebenar) , seorang lelaki berkulit putih , berambut cacak , agak tampan bentuk paras nya , berketinggian ala-ala brad pitt yang tak berapa nak jadi .
tetapi watak mereka berdua sangat berbeza
A , sebaik tiba di office akan berhenti dihadapan pintu , lalu tersenyum dan memberi salam "assalamualaikum " , kalau pada waktu dan ketika itu hati sedang bara marah pada sesiapa , marah itu jadi sejuk tiba-tiba lalu reda melihat senyuman dan mendengar salam dari A , bukan jatuh hati , tapi tenang hati mendengar salam yang diberikan.
J , tiba di office dengan suara lantang bercakap mengenakan orang tidak kira masa , buat diri ini rasa macam nak kata " senyap sikit boleh tak ? bising lah ! penampar nak ? " hahaha *penampar aku je aku tau , penampar org aku taktau eeennnn , hahaha *
J yang parasnya lebih handsome berbanding A menjadi sangatlah tidak handsome bila berperwatakan sebegitu rupa ,
A yang parasnya tidak begitu handsome berbanding J menjadi sangatlah handsome bila berperwatakan sebegitu rupa.
fahamkan apa isi cerita yang ingin disampaikan dalam entry ini? harap maklum .
No comments:
Post a Comment