Allah adalah perancang yang paling hebat , kita hanya memberi cadangan , Allah juga yang menentukan
Allah adalah director filem dunia , kita pula adalah pelakon untuk setiap bab lakonan di dunia
Allah pertangungjawabkan kita dengan watak yang berbeza untuk setiap sketsa
Allah tidak memberi script lakonan , tetapi Allah memberi kekuatan untuk para pelakonNya memainkan watak yang diciptaNya
Allah tidak perlukan ulang tayang cerita , "Cut" sini sana , Allah rancang tanpa ada siapa dapat menduga
yang pasti setiap cerita dari Dia , adalah yang terbaik untuk para pelakonNya
yang pasti setiap cerita dari Dia , ada kesudahan gembira disebaliknya
kerana aku yakin janji Allah , disetiap hujan , pasti ada pelangi dikemudianya
tidak berhenti diri untuk terus berdoa agar diberi kekuatan untuk memegang watak sedih duka yang tayangannya sedang dimainkan , untuk terus bertabah dengan bab permainan watak yang melibatkan hati dan perasaan tidak gembira . Diri pohon agar watak ini akan berjaya dimainkan hingga ke penghujung akhir cerita . insyaAllah , semoga berjaya anis izyan .
coretan ini untuk diri sendiri.
Hati , lepaskanlah dia , yakinlah ini kehendak Ilahi .
.jpg)
No comments:
Post a Comment