If and only you LOVE , do LIKE this


Monday, April 15, 2013

this post is untittle

Saban hari terasa kosong dan masih terasa kosong walau hati cuba mahu menafikan kekosongan

Saban hari hati masih terasa sakit dan masih terasa sakit walau hati cuba menafikan kesakitan

Saban hari diri masih cuba bangun dan cuba bangun walau kadang tergelincir jatuh dan kembali bangun

Allah ,

Segala yang tersirat dalam diri kadangnya kita sendiri tak mengerti
Segala yang tersembunyi dalam masadepan diri kita sendiri tidak mampu memahami
Segala yang terjadi di saat itu dan saat ini masih belum tepat kita coreti

Allah ,

Beserah saja , ya , itu jalanya

Allah ,

Kadangnya aku sendiri rebah dengan dugaan dunia
Dan aku sendiri cuba kembali tabah dengan dugaan dunia

Allah ,

Aku tetap manusia biasa

Allah ,

Aku cuba dan aku akan terus cuba
Selagi ada daya
Walau yang mengerti itu tiada

Kau uji , kerana Kau peduli




Aku menulis ini bukan hanya sebagai doa , tapi sebagai kata untuk dikeluarkan dari hati kesaluran keluar dari hati

Aku menulis ini kerana nanti suatu hari , saat lain dari hari ini , aku kembali membaca entry , pasti , aku senyum sendiri

Aku menulis ini , kerana ssaat ini , Allah beri aku cuti , terlebih emosi , urrmpppphhhhhh ':/



Semoga kau terus bernafas dan jangan lemas kerana daratan masih jauh belum kelihatan 
Demi masa depan 




2 comments:

Hanif Fazalul said...

yeay mcm kenal gambar :D

JawahirAbdullah said...

dear love, i feel you.
sabar dan terus sabar.
insyaallah, penghujung bahagia. :)