If and only you LOVE , do LIKE this


Thursday, June 14, 2012

" Biar cantik bersulam kebenaran , Biar indah bertakhta keinsafan "

Assalamualaikum , entry ini sebenarnya khas untuk teman karib NurDalila Akmal Anuar dan Jawahir Abdullah , kerana mahu berkongsi isi cerita dan ilmu yang diperoleh ketika menghadiri "A moments to remember" with wardina safiyyah dan Oki setiana dewi

Anis izyan , peminat rasmi Wardina Saffiyah , sememangnya tertarik untuk pergi kesana kerana Wardina Saffiyah semata-mata , Tetapi untuk Oki Setiana Dewi yang baru saja diri ini kenali , sudah mula rasa sejuta kekaguman untuk oki , umurnya yang sebaya diri sudah mula meberi , menyebarkan ilmu untuk kebaikan akhirati , malu juga terkadang bila mengenangkan pekara ini bila duduk bersendiri .

Tiket ini sudah tidak valid lagi , tidak perlu la mahu dicuri curi :P 

Ditekankan oleh Oki ,

"Untuk berubah itu harusnya kita berusaha , Hidayah itu perlu dicari dan bukannya dinanti"

"Untuk kita  mendengar apa yang orang kata , kita tidak akan kemana , hanya Allah sahaja yang mengetahui yang kita mahu berubah menjadi baik"

"Setiap manusia punya kisah peribadi sendiri , ujian antara kita juga berlainan "

"Berubahlah kerana Allah"

"Bahasa kerja itu lebih effective daripada bahasa kata"

Oki , yang juga dulunya dikatakan oleh dirinya sendiri tidak beriman teguh pada Allah , ya , seperti kita-kita , kita leka , berpakaian ambil mudah , tudung pendek tidak pernah kita kesah , bercouple bersuka  ria ikut hati yang membawa binasa , tapi sampai bila ? sampai Allah turunkan bala ? baru mahu berubah mengikut syariatnya ?

Apabila kita mengaku islam , lakukan yang kita ini adalah islam , jangan islam hanya pada kata

Kita manusia yang memang tidak pernah tahu untung dan tahu malu , bila diturunkan bala saja , baru mula terhegeh terngadah mencari Tuhan semula , kan? mula mahu runtuhkan air mata , baru mahu sujud tahajjud yang dilakukan berkala , mengapa dikatakan berkala? kerana tahajjud itu kita lakukan bila ada bala , sepatutnya ia menjadi sebahagian rutin hariannya kita

ya , kita si pengusia muda , kita mudah mengaku cinta , bak kata oki

"Manusia mudah mengaku cinta , kerana lidah tidak bertulang" , " cinta hanya pada bibir saja"

kata wardina

"Bagaimana kita mahu mencinta sedangkan Pencipta cinta itu tidak dapat kita cinta ?"

Kita leka , mahu mencari cinta manusia , mencari cinta si lelaki , mencari cinta si BUKAN MUHRIM! mengapa tidak diisikan hati dengan cinta si pencipta cinta? mengapa tidak diisikan hati dengan cinta pada yang sudahpun mencintai kita , Rasulallah s.a.w ?

"Apabila kita sedar betapa peritnya dan pedihnya dosa , barulah kita akan sedar betapa manisnya bila kembali kejalan Allah"

ada lagi yang ditekankan Wardina , tetapi itu untuk catatan dienrty yang lain insyaAllah teman :)

semoga entry ini membuat kamu teman berfikir , bacalah dengan hati , hadamlah dengan hati , semoga kita semua akan sentiasa diberkati

p/s : Anis izyan cuma hanya sedang mendekatkan diri dan sedang mencari identiti sendiri yang lebih berkualiti , insyaAllah , ini hanya mahu berkongsi

p/s 2 : Dear Dunk and J , saya janji , saya tunaikan :))


Buku Oki , sungguh terkesan dihati 




" Biar cantik bersulam kebenaran , Biar indah bertakhta keinsafan " 





2 comments:

penjajah minda said...

benar..benar..

kyo_9 said...

Oki ni dah jadi pendakwah bebas full time ke skang ek?