Disudut penjuru , kau berjalan menuju laju ,
ke suatu sudut yang juga sedang kutuju , terpaku aku
Diam dalam hati , aku hanya memerhati
Dari jauh kubicara dalam diri
"hati yang disana itulah yang sedang dirindui hati yang disini"
Sengaja seakan tidak peduli
Kerana takut, andai peduli ,
iman yang cuba mahu berdiri sendiri ini
Goyah untuk kedua kali
Sengaja lagi tidak mahu peduli
Kerana aku yakin , kita yakin , perpisahan ini adalah kehendak Ilahi
Biarlah rindu ini , disimpan dalam hati , cukup sekadar Ilahi yang mengetahui

2 comments:
Pandainya bermadah..nice.. :)
terasa di dalam hati ini :P
Post a Comment